Friday, June 25, 2010

:: Hari ini hari JUMAAT ::

hari Jumaat penghulu segala hari...
harini aku sibuk buat S.O.W for Introduction to Computer System(ITC)..
since this college is still new..so everything plus the syllabus n module..kene buat sendiri..
luckily..the syllabus for Inroduction To Computer System da siap buat oleh bekas rakan seperjuangan aku kat KKTM Rembau ni..Pn Nuraisyah Roslan..dia skarang kat IKM TSYA coz berpindah...tapi jumpa balik masa Dip Ed @ ILKM Jawi, Penang...cuma skarang ada few pemurnian lah kena buat..
ada changes here n there...

balik dari Dip Ed kali ni...banyak gak info n new things yang aku dapat..bila fikir2 agak menarik jugak kalau terapkan pembuatan blog...google doc...networking..dalam subjek ITC nih...biar student expose dengan new technology..actually blog ni da lama da ada...cuma aku sendirinya baru belajar...haha..dulu masa kawan2 dekat U dulu sebok Blogging..aku malas nak join..ha skarang baru nak join..ketinggalan zaman betul lah...
ish malu..malu....

so nak explore widgetbox jap...cam menarek je nih...
chow cin cau...

Thursday, June 24, 2010

:: Tired ::

Tired...tu la perkataan yang dapat menggambarkan situasi aku sekarang...
penat dengan kerja yang tak pernah sudah..
penat dengan hidup yang biasa setiap hari...
bosan..

dah lama rasanya tak update my blog..well..balik Dip Ed kat Jawi..
terus dibebankan dengan tugas hakiki kat KKTM Rembau nih..
adoiyai...bila lah nak abis nih... :-o  STRESS!!!

abis dengan Senat start plak preparation untuk Minggu Silaturahim (MSR) a.k.a minggu orientasi pelajar baru..."sambil" tu kena lah update portfolio untuk pengajaran akan datang...SAMBIL???haha...sebab aku dah tatu mana satu tugas hakiki aku..mengajar atau pun pengurusan..hmmmpphh...(mengeluh)heheh

nak start buat keje plak nih..
jumpe lagi...

keadaan aku sekarang....
hehehe


Tuesday, June 15, 2010

My Life : My Style : My Heart : My Soul

.:: Harapan Tanpa Suara : KEMPEN KAMI PRIHATIN ::.

Harapan Tanpa Suara

Di dalam kandungan ibuku tersayang

Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Monday, June 14, 2010

.:: PEACE no WAR ::.




Sedang asyik browse gambar untuk blog nih...
mata tertarik dengan gambar kartun yang simple but nice ni...


pada aku..
gambar ni ada maksud yang tersendiri..


KEBAHAGIAAN..
itulah maksud nye...
kebahagiaan sebagai satu keluarga yang bebas gembira tanpa ada yang menghalang...
terus ingatan teringat pada post yang sebelum ni...
tentang penderitaan Palestin..
tentu sekali kebahagiaan ini yang diimpikan oleh mereka...

:'(

.:: Buat mu PALESTIN ::.

Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah


Aku tertarik dengan bait-bait puisi buat warga palestin ini..
Sungguh meruntun jiwa..
sungguh tersentuh hati ku..
Ya Allah bersyukur aku kehadrat Mu kerana aku dilahirkan di bumi Malaysia yang aman damai..
Ya Allah kekalkan lah keamanan di bumi Malaysia ini...
amin ya rabbal alamin...

.:: Bilakah Berakhirnya Penderitaan? ::.


Kini di sana sini terdengar berita peperangan..keganasan..penyeksaan...
yang berlaku di negara SeIslam kita..Palestin..
Apakah adanya ketenangan dalam hidup mereka...
Apakah adanya keamanan di sana?
Dimanakah hilangnya perikemanusiaan?
Dimanakah hilangnya cinta kasih sesama insan?
Dimana?

masih adakah sinar dalam hidup buat si kecil ini?
Masih adakah cahaya buatnya?

Sedang kita bersuka ria...
masih ramai lagi yang berduka..
sedang kita masih mendengar gelak tawa...
masih ramai yang hidup hanya mendengar letupan dan jeritan tangis..

kita mungkin tak berdaya untuk menggalas senjata membantu mereka..
namun kita mampu untuk manadah kedua-dua belah tangan kita..
memohon agar peperangan itu akan berakhir...
insyaAllah dengan segala kehendakNya..
ia bukan mustahil...

Antara wajah-wajah derita warga Palestin

.:: Mangsa Penderaan!!! ::.


PETALING JAYA: Penjenayah yang mempunyai masalah mental dipercayai terbabit dalam kes kematian seorang kanak-kanak perempuan yang dijumpai dalam beg pakaian sukan di Taman Petaling Utama di sini, kelmarin.

Penjenayah gila itu sanggup melakukan penderaan seksual melampau terhadap mangsa yang identitinya belum dikenal pasti.

Laporan bedah siasat Hospital Kuala Lumpur malam kelmarin, mendapati kemaluan dan duburnya terdapat kesan tusukan terung dan timun.

Ini mungkin menyebabkan bahagian dalam abdomen cedera teruk hingga membawa kematiannya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Subang Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, menyerahkan kepada media wajah kanak-kanak malang itu untuk dikenal pasti keluarga dan saudara-maranya

.:: Salam Satu Malaysia ::.

  
memandang kan ini post pertama blog saya nih...
so Salam satu MALAYSIA pada semua...


actually tak pernah terlintas pun nak ber'blog'...
dan tak pernah pulak bercita-cita menjadi seorang blogawan
(new term belajar this morning)..
tp bile da explore2 cam best plak nak menulis..
lagipun ni assignment..so..WAJIB buat..:)